result mgtt semalam memang mengecewakan.
tak sangka..
speechless.. sedih tak tau nak kata camne..
confirm gdm - gestational diabetes melitus atau bhs mudahnya kencing manis semasa mengandung
hasil bacaan sblm minum air gula 5.6
lepas 2 jam minum air gula 8.2
bacaan yg normal less than 7.8
hasil lecture kakak yg berjela2 buat diri ni lagi sedih da stress actually
risiko:
- walaupun kita scan td cukup kaki tangan, anggota dan badan tp sbnrnya organ dalaman tak sempurna lagi.
contoh cam jantung.. memang nampak dia berdegup tapi vessel dalam tu x complete perfomed.
bila kandungan gula dalam darah tinggi. so akan merencatkan bayi. tu sebab jantung berlubang la apa la..
bayi dalam kandungan pn boleh cacat dan risiko kematian..
sbb tu org dulu2 selalu banyak kematian bayi atas sebab2 mcm ni la.. so zaman skrg mmg doc akan jaga betul utk penyakit diabetes/darah tinggi..
time kakak pregnant border line 11 something. tp skrg dia turunkan border line jadi 7.8 sbb banyak risiko ibu mengandung skrg
-kalu tak kontrol baby akan jadi sangat besar dan xleh lahirkan scr normal
- bersalin on edd. tak leh delay. kalu x bersalin by 38 weeks akan diinduce
so lepas ni kakak pesan surh control diet. kurangkan nasi jadi 1/4 pinggan..banyakkan sayur dan ikan
susu anmum pn takleh minum dah. bagi husband minum jelah susu tu
banyakkan minum air kosong.. kalau lapar in between minum air banyak2
so 18.2 ni dah start monitor kandungan gula dalam darah (bsp).. kena amik darah 4x sehari, tp cucuk kt jari je. alhamdulillah akak bagi pinjam alat tu cuma kena beli jarum ngn strip kt farmasi..takdelah kena ulang alik 4x sehari kt klinik shah alam yang sesak tu..
19.2 baru review ngn doc utk result bsp tu.. doa2 kan la ok bila dah control mkn ni.. takut la kena cucuk insulin..
im thinking for the sake of baby. i believe he/she will get much nutrition walaupun ibunya ni kene kurangkan makan. key point: lebih banyak makan ikan dan sayur!!!
so today is my menu:
9.00 a.m - 2 keping roti sapu tuna siket, separuh gelas susu segar
9.30 a.m -1.00 p.m -memang lapar.. tp minum air masak je. hilang rasa lapar
1.00 p.m - nasi (guna beras basmathi) + 3 ekor ikan selar kuning goreng + sayur campur + air masak + sebiji limau mandarin
6.30 p.m dinner - nasi goreng ikan bilis dengan sayur + air masak
nasi 1/4 pinggan je ok!
No comments:
Post a Comment